Aktiviti  eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui  tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun  pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau  Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration. 
Sebegaimana  yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah  menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi  Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka  bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk  sebuah pohon besar dan mencabutnya. 
Kemudian,  setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka  dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka,  mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman,  mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini  penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut. 
Demi  keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga  kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi  kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.
Ada  sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan  bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian dari  pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka  lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari  evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?
a
Penemuan Arkeologi di Kota Iram
Pada  awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang  terkemuka di dunia yang menyatakan "Kota Legenda Arabia yang Hilang  Telah Ditemui", "Kota Legenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis di  Padang Pasir." Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah  kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai  orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum 'Ad sebagai-mana  diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan  bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat  menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.
Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai  seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp  telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya  tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini "Eudaimon Arabia". Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai "Al-Yaman As-Sa'idah" 20.
Semua nama tersebut bermaksud "Arabia yang  Beruntung ", kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa  lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?
Keberuntungan  mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik  menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di  samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan  mengedarkan "frankincense" sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.
Thomas  memaparkan tentang suku-suku yang "beruntung" ini dengan panjang lebar  dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan "Ubar". Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.
Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan  yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.
Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.
Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam  foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal  yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai  satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan  membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya  Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua  sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.
Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai "Ubar, Atlantis di Padang Pasir".
Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran?
Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang  hancur ini adalah milik kaum 'Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang  disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang  di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam  Al-Quran . Dr. Zarins,  seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa  kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar 'Ubar,  dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka  itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah  Iram, bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran:
Apakah  kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Ad,  (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang  belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8)

Sumber:http://zharifalimin.blogspot.com/2010/09/penemuan-manusia-raksasa-kaum-ad-umat.html





 

Tidak ada komentar:
Posting Komentar